Penawar Segala Penyakit

Monday, August 24, 2015

Kami mencari Agen Habbatus Sauda di Malaysia

Cepat!! Rebut peluang keemasan untuk menjadi Agen kami menjual Habbatus Sauda di Seluruh Malaysia. Kami mencari agen di Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan , Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak. 

Komisyen jualan yang tinggi, dan banyak kelebihan lain menanti agen kami. Ayuh rebut peluang segera.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut

No. Tel :  012 914 7520 / 03-60870665

Thursday, August 20, 2015

Kelebihan & Khasiat Habbatus Sauda

Pokok habbatus sauda yang asalnya tumbuh liar di kawasan Mediterranean dan kini meluas ditanam di Utara Afrika terutama Mesir, Syria, Iran, selatan Eropah dan juga India semakin mendapat tempat sebagai ubatan alternatif. Ianya sudah lama menjadi makanan sunnah Rasulullah. Barangkali kita terlupa dengan satu hadis sahih riwayat Imam Bukhari tentang khasiat minyak habbatus sauda; Khasiat Minyak Habbatus Sauda!

“Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati” – Nabi Muhammad S.A.W. Khasiat Minyak Habbatus Sauda!

Dalam sistem tubuh badan kita, antara perkara penting untuk menangkis serangan pelbagai penyakit ialah sistem ketahanan tubuh badan ataupun kita selalu dengar ianya disebut sistem antibodi badan. Jika sistem antibodi kita kuat, insyaAllah, badan kita tak mudah untuk dijangkiti penyakit. Mungkin salah satu key-point khasiat habbatus sauda ada di sini. 

Saya kongsikan beberapa khasiat minyak habbatus sauda yang telah dilakukan penyelidikan samada penyelidikan awal di dalam makmal. Kebanyakkannya, tikus makmal telah dijadikan sampel paling banyak berkorban demi kebaikan manusia! 

Jom kita baca antara khasiat minyak habbastus sauda

1. Mencegah/mengubati diabetes mellitus (kencing manis). Kajian ke atas 50 ekor tikus yang dijangkiti penyakit Diabetes Mellitus menunjukkan keputusan yang positif. Kandungan gula dalam darah didapati menurun dan kadar penghasilan insulin juga turut meningkat (Rujukan: Tohoku J Exp Med, Sept 2003). 

2. “Ubat” awet muda. Penyelidikan ke atas tikus yang diaruh penyakit nyanyuk dan kemudian diberi makan habbatus sauda yang tinggi bahan timokuinon menunjukkan keputusan yang positif (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia). 

3. Menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah. Paras kolesterol dan gula yang tinggi pasti akan mengundang seribu macam masalah kesihatan antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung. 

4. Agen antiosteoporosis/tulang rapuh. Punca osteoporosis antaranya ialah menopaus dan kekurangan hormon estrogen. Pengambilan minyak habbatus sauda yang konsisten, insyaAllah mampu mencegah penyakit tulang rapuh. Elok juga kita mencegahnya sebelum terlambat (Rujukan: Ahmad Nazrun Shuid et al. Nigella Sativa: A Potential Antiosteoporotoc Agent). 

5. Mencegah sakit jantung koronari. Antara hasil kajian saintis di Universiti King As-Saud, Arab Saudi ke atas sampel tikus menunjukkan pemberian habbbatus sauda secara konsisten selama seminggu berjaya menurunkan kadar homosistin dalam darah. 
“…lebih 54% pesakit jantung koronari mempunyai tahap homosistin yang tinggi dan jika ianya tinggi, risiko arteri kita tersumbat juga meningkat walaupun tahap kolesterol kita rendah atau normal…” ~ Pengarah Pusat Penyiasatan Klinikal di Jabatan Perubatan Universiti Malaya. Prof. Dr. C.C. Lang.
Ini antara seribu keajaiban yang Allah sembunyikan di dalam habbatus sauda, black seed. Tinggal untuk kita yakin dan beramal dengan makanan yang Nabi Muhammad SAW sendiri rekomen untuk kita. 

Saya sudah sendiri sudah mula beramal bermula dengan kapsul habbatus sauda (al-baraka) dan minyak habbatus sauda. Yang jenis minyak ni, saya minum 2 kali sehari. 3 titik dalam air suam. 

Tuesday, August 4, 2015

Khasiat Habbatus Sauda

Habbatus Sauda memiliki banyak khasiat dan kebaikkan bagi mereka yang kerap mengamalkannya. Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang,buang angin dalam badan, senggugut, sembelit dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

polysaccharide

fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

amino acid yang membentuk protein

karotene iaitu sumber vitamin A

kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Hasil Kajian

Di Amerika, Nigella Sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen. Di Jerman, minyak habbasSauda telah tersedia dalam bentuk kapsul di farmasi.
 
Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteri dan antimikotis dari minyak habbasSaudayang merupakan obat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama. Para dokter di Mesir dan Cina menggunakannya untuk obat segala macam radang serta infeksi jamur. Bahkan, para ilmuwan kanker Amerika secara meyakinkan telah membuktikan bahwa minyak habbasSaudamenurunkan kadar gula. Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demkian tulisan para ilmuwan kanker Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merusak, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.

Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak atau kapsul habbatus Sauda sebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengobatan kanker. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia. Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbasSaudadi lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya. Temuan-temuannya indentik dengan para koleganya di Amerika.

Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbasSaudayang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronis seperti jerawat dan demam hingga kanker.

Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbasSauda antibodi juga ditekan. Sistem kekebalan yang berlebihan pada kajian (ilmuwan) Amerika juga menguji bahwa sistem kekebalan yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengobatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengobatan preventifnya terhadap pilek dan influenza.